Repair Stim Iron Philips GC8755 Kesayangan Sendiri

Hubungi Kami

Assalammualaikum.

Hari ini saya mengambil masa untuk membaiki stim iron Philips GC8755 milik sendiri yang tiba-tiba mengalami masalah tidak mengeluarkan stim. Stim iron ini saya telah guna selama 6 tahun. Alhamdulillah, banyak juga memudahkan urusan saya.

Pada mulanya saya menyangka masalah berpunca daripada saluran air tersumbat. Namun selepas membuka bahagian bawah unit dan membuat pemeriksaan satu persatu, saya dapati punca sebenar adalah pada pam air yang sudah rosak dan tidak lagi mampu mengepam air ke bahagian pemanas.

Model Iron

Saya membuka keseluruhan casing, memeriksa papan litar, hos air dan semua sambungan sebelum menukar pam air yang baharu.

buka 8 biji skru di bawah tempat air

bahagian dalam

pam air yang di tukar

Alhamdulillah, selepas pemasangan dan ujian dilakukan, stim iron kembali berfungsi seperti biasa dengan pengeluaran stim yang lancar. Harga pam air dalam RM30.

Pengalaman ini mengajar saya bahawa tidak semua peralatan yang rosak perlu terus diganti dengan yang baharu. Kadang-kadang hanya satu komponen kecil yang bermasalah dan masih boleh dibaiki dengan kos yang lebih rendah.

Sebagai orang yang sentiasa menggunakan stim iron untuk kerja jahitan dan tempahan pelanggan, saya memang lega apabila stim iron ini dapat digunakan semula. 
Alhamdulillah, misi membaiki stim iron sendiri berjaya diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *