Assalamualaikum dan Salam Aidiladha buat semua.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada tahun ini saya dan keluarga diberi rezeki untuk melaksanakan ibadah korban. Bagi saya, Aidiladha bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi satu peringatan tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur atas setiap nikmat yang dikurniakan.

Alhamdulillah ibadah korban tahun ini di buat secara gotong-royong bersama adik-beradik sebelah suami. Malah peluang ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, ipar duai serta anak-anak saudara. Ini juga boleh bagi pengalaman baru kepada anak-anak saudara kami. Ini merupakan kali ke 2, kami kaum keluarga mengerjakan ibadah Qurban secara gotong-royong.
Doa saya semoga Allah SWT melimpahkan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan kepada kita semua. Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah Qurban bersama-sama pada masa akan datang.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan diterima sebagai amal soleh dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

