Tempahan pakaian wanita dijalankan secara online berdasarkan baju contoh atau ukuran yang diberikan oleh pelanggan.
Syarat Tempahan :
- Tempahan untuk pakaian wanita sahaja.
- Pelanggan hendaklah menyertakan baju contoh atau ukuran yang tepat sebelum tempahan diproses.
- Sebarang perubahan atau pemintaan khas hendaklah dinyatakan dalam nota semasa membuat tempahan
- Ayun Benang hanya menerima tempahan rekaan yang ringkas dan mudah dijahit. Gambar rekaan boleh dihantar terlebih dahulu untuk semakan.
- Tempahan yang melibatkan lace, plated, sari dan fabrik yang sukar dijahit tidak diterima.
- Selepas menghantar bungkusan, sila maklum nama pengirim dan nombor penjejakkan ( tracking number ).
- Bagi pelanggan tempatan, urusan penyerahan dan pengambilan dibuat di lokasi yang dipersetujui. Pelanggan tidak dibenarkan datang ke rumah.
- Tempahan diproses mengikut giliran sahaja dan tiada tarikh siap yang tetap dapat dijanjikan.
- Bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum tempahan diproses dan jahitan dimulakan.
- Ukuran yang diberikan oleh pelanggan adalah dibawah tanggungjawab pelanggan. Ayun Benang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ukuran yang diberikan.
Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan oleh Ayun Benang.
