Assalammualaikum.
Kebiasaanya saya akan memotong pelapik leher dalam kuantiti yang lebih sebagai stok siap sedia. Cara ini membantu proses jahitan, memudahkan kerja serta memastikan kemasan leher dapat disiapkan dengan lebih kemas dan konsisten. Malah ia mampu menjimatkan banyak masa semasa proses menjahit.


