Assalamualaikum
Baju untuk pakai harian malam-malam. Kain ini saya beli kat Nagoya. Untuk bahagian leher, saya buat macam baju kurung je. Untuk memudahkan sarung .


Saya guna Pola Aara Shirt (Adult). Sebenarnya pola ini lebih sesuai untuk kain t-shirt. Tapi saya lebih selesa cotton. Jadi kita cuba la. Lagipun potongan longgar.
Kerana pakai di rumah sahaja, jadi saya tidak sambung untuk hujung tangan. Biar berlengan pendek sahaja. Yang penting baju ini cepat siap 😁.

