Makeover Ruang Jahit DIY di Rumah : Meja Potong Kain Idaman Saya

Hubungi Kami

Assalammualaikum.

Selepas lama membuat pemitaan kepada suami, akhirnya beliau meluangkan masa untuk menyiapakan meja potong kain yang saya impikan. Alhamdulillahm hasilnya sangat membantu memudahkan kerja-kerja memotong kain dan menyusun peralatan jahitan.

 Sebelum ini ruang jahit saya agak terhad dan alat jahitan banyak di simpan di tempat berbeza. Dengan adanya meja potonh kain ini, kerja lebih teratur dan selesa. Saya juga dapat menambah ruang penyimpanan di bahagian bawah meja untuk kain, pola dan peralatan serta aksesori jahitan

Saya guna papan “playwood” yang saiz 8X12 kaki dengan ketebalan 12mm. Harga papan ni RM55. Tapi saya “request” 3X5 kaki. Saya tambah 3′ di keliling meja dari ukuran sebenar Kallax Ikea ni. Upah potong papan RM2. Jadi dengan saiz yang ada, saya dapat 2 keping meja.

Akan tetapi ketebalan tidak memenuhi citarasa saya. Jadi rumah, suami beli gam kayu di MR DIY. Gambar ni saya Google kerana gam saya sudah habis. Di rumah, suami tindihkan 2 papan tersebut. Alhamdulillah, jadi la ketebalan 24mm.

Gam kayu dari Mr.DIY

Kallax Ikea saya guna 2 rak. Saya “recycle” balik rak buku yang ada. Saya cuma beli “underframe ” je dari Ikea. Untuk barang-barang Ikea, saya beli melalui Website Ikea. Jadi inilah gambar sebelum dan selepas ruang jahit saya.

SEBELUM

SELEPAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *